Wednesday, January 26, 2011

elaun dah masuk! marilah berjoli~ HAHA




Yeah! Elaun dah masuk. Apa lagi memang berjoli habis la! haha.
Eh2, takde la sampai kering duit kat dalam akaun tu. Mentang2 baru dapat elaun, suka2 je nak habiskan sampai licin. Nanti hujung sem kau makan la nasik lauk kicap je. Tak pon makan megi.

Ok2~
Sempena elaun yang dah masuk dalam akaun bank, aku ngan Shidah pergi beli sushi kat Sushi King! Tapi kitorng take away je la. Malas nak makan kat sana sebab nak balik awal. Poyo! Pergi BP Mall pon dah dekat pukul 4.30 petang.

Sebelum pergi kat Sushi King, kitorang window2 dulu kat dalam Pacific. Hasilnya, aku beli stokin, tisu, 'barangan wanita' n pastinya sedikit jajan untuk dijadikan stok. Shidah pulak cuma beli tisu ngan kacang cap ngan nyin untuk dimakan masa marathon menonton cerita Merlin.

Keluar Pacific, menggagau cari hadiah untuk Cuna. Esok burfday dia. Surprise! Surprise! Surprise. Tunggu esok la ye~ Hahaha

Lepas beli hadiah terus pergi Sushi King. Ni 1st time aku beli sushi kat sini. Yelah..aku pon bukan minat sangat ngan sushi2 ni. Tapi sebab teringin nak makan takoyaki kat sini punya pasal n sebab dah janji ngan Shidah,

"Kalau elaun dah masuk, kita makan kat Sushi King eh Shidah? Aku teringin nak rasa takoyaki kat sana la. Hihi"

"Ok! Aku pon dah lama tak makan kat sana." Shidah balas.

So, untuk melunaskan janji kitorang pon pergi la. Aku order takoyaki ngan pe benda sushi ntah ada sotong (tako) kat atas dia. Dua benda ni pon dah 11 hengget lebih. Shidah lagi order macam2. Dekat 25 hengget jugak la dia kena.

Habis membeli terus blah balik maktab. Tunggu bas. Hujan renyai2, nak naik teksi pon macam takde function sebab teksi cuma boleh hantar student sampai kat guard post je. Nak ke asrama jaauuuhhh lagi! Dah la berbukit bukau, bertangga2. Nasib baik turun je dari bas dah tak hujan. So, menapak la dengan gembira~

Sampai je bilik dah dekat pukul 6.15 petang. Terus sembahyang Asar pastu makan! First2 mestilah makan takoyaki sebab aku kan dah lama teringin nak makan benda ni! Tapi lepas makan aku rasa hampa sebab rasa dia tak macam yang aku harapkan. Presentation dia pon biasa2 je. Sedap lagi takoyaki kat Tako Tao yang kat Jusco tu! Oishi! Sehingga menjilat jari tangan. Lepas makan takoyaki, aku pon makan la sushi sotong yang aku beli tu. Siryes! Tekak aku memang susah la nak terima sushi2 ni. Yelah..tekak jawa belacan! Manalah tak kembang tekak aku makan sushi ni. Makan 1 je. Lagi 1 bagi kat Shidah.

Dekat2 nak Maghrib, roommate pon balik dari dating. Dia datang.. teng teng teng.. dengan hai mi bandungnya~ Sayang roommate lebih la! Walaupon dah kenyang tapi aku bantai makan jugak. Ecah beli 2 bungkus. 1 dia makan sorang n 1 lagi aku makan share ngan Shidah. Tu pon aku yang habiskan sebab Shidah dah kenyang makan sushi. Rasa nak meletop jugak la perut aku sebab tengah hari tadi dah melantak nasik banyak gila. Padan muka aku!













**********************************************************************


Oh ye~ Hari ni sambung buat kerja kayu. Projek sem ni kena buat Rak Kasut! Aku rasa aku paling slow sekali buat projek ni. Potong kayu pon tak siap2 lagi. Malas nak cerita lebih2 pasal benda ni kat blog. Cerita ngan roommate je boleh la. Hohoho.









Harap dapat siapkan projek dengan jayanya~ Chaiyok!









*Esok dah boleh start packing bag untuk balik ke kampung halaman tercinta.
Wink3~




P/s : Yang tak dapat balik kampung, sila duduk dalam bilik diam2. Harap maklum. Huahuahua~







2 comments:

panadol lagi said...

sushi king !
lepas ni aku pun nak serbu!

wawa nasruddin said...

yeah! serbu! serbu!
hahaha