Friday, October 29, 2010

sayangi diri anda



di petang yang hening dengan angin sepoi2 tak reti bahasa hari tu, aku ngan member2 aku g r lepak2 kat warung goreng pisang depan maktab ni.
tengah syok lepak2, minum2, makan2, borak2..
tiba2 ade la sekumpulan manusia (lelaki) datang dok lepak jugak la kat meja sebelah meja kitorang.
aku tak tau la depa tu bangsa ape? keturunan ape? sebab muka nampak macam chinese tapi cakap tak macam chinese pon!
tapi aku pedulik hape pasal depa tuh! bukan aku nak ngorat pon!

yang buat aku ngan member2 aku hangin 1 badan bila depa takde segan silunya telah merokok secara berjemaah tanpa memikirkan keadaan orang sekitar.
eh bro! (atau lebih sedap bunyi dia 'eh beruk!') lu kalau nak mati sangat lu pi la hisap rokok lu jauh2! yang lu nak bawak kitorang mati ngan lu tu ape pasal? tahi la lu! (geram betol aku!)

kalau ikutkan hati, nak je aku sound direct kat depa tu tapi memandangkan kerjaya aku sebagai seorang bakal cekgu (poyo je), takkan la aku nak maki depa depan2 kan? malu la depa n malu la aku..ye dak? dah le ramai orang time tu..
so konklusinya, sabar je la weyh! sambil makan tutup hidung..ngek!

lagipon aku rase kalau aku maki2 depa tu bukannye depa faham pon sebab aku rase depa tu warga asing la (pengetahuan am : area maktab aku memang ramai warga asing).
ntah depa tu warga filipina ka? vietnam ka? taiwan ka? kemboja ka? aku pon tak tau.
tapi yang pasti bukan korea okk! kalau korea dah lame aku suh kirim salam kat RAIN.! ngee~
dan yang pasti jugak depa bukan warga afrika selatan, uganda, austria atau yang senasib dengannya ..

kenapa aku tak suka rokok? sebab amaran kerajaan Malaysia..
'ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'
rokok itu membunuh tau tak!
kalau nak mati sangat pi la mati sorang2 sana! jangan kau nak libatkan orang yang tak bersalah!
lagipon aku pernah terbaca, perokok pasif (mereka yang berada berhampiran dengan si perokok), risiko mereka untuk mati sebab asap rokok adalah lebih tinggi daripada mereka yang menghisap asap rokok tersebut. see!

so, kepada para pembaca blog buruk aku (terutama sekali yang merokok), tengok2 la keadaan sekeliling korang sebelum merokok tu.
aku tak kisah kalau korang nak lepaskan gian korang tu sebab aku pon ada jugak member yang merokok. aku kawan je ngan semua orang..
tapi ingat2 la derr! tak semua orang suka bau rokok lu, asap rokok lu.
(pengetahuan am : lelaki2 dalam famili aku tiada sorang pon yang merokok okk!)
Alhamdulillah..

mungkin lepas baca entry ni akan ada suara sumbang cakap..
'hek eleh..gua beli rokok ni pakai duit gua okk! takde mintak duit lu pon! diam sudah!'
lantak korang la nak cakap ape.. mulut orang mane boleh tutup kan?
lagipon...ini blog aku, suka hati aku la nak cakap hape!

(ini entry percuma untuk kementerian kesihatan)




*mood tidak stabil~ (mungkin kerana exam semakin hampir)

sekian, wassalam~

Wednesday, October 27, 2010

happy anniversary~


mak and bapak yang disayangi, dirindui dan dicintai selalu..
happy anniversary yang ke-20.!
(27 oktober 1990 - 27 oktober 2010)
semoga kekal bahagia, aman sentosa hingga ke akhir hayat..
sayang menyayangi, cinta mencintai, hormat menghormati, saling membantu, susah senang dilalui bersama, tabah dan sabar menempuh dugaan yang mendatang..

anak-anak buah hati pengarang jantung sentiasa mendoakan kebahagian hidup kalian di dunia dan diakhirat..


-anakmu yang jauh diperantauan-

Siti Hajar Binti Nasruddin @ wawa nasruddin

Monday, October 25, 2010

kebosanan melanda...



sangat bosan sekarang ni..
tak tau nak buat ape..
nak tido pon rasa dah malas dah.
karang terlebih tido petang, malam terkebil-kebil tak boleh tido.


Alhamdulillah, sekarang aku boleh tido dengan aman, tenteram, bahagia, selamat dan yang sewaktu dengannya sebab makhluk tu dah tak hempap aku dah.
jangan ditanya makhluk ape sebab aku pon tengah berteka-teki hape bende la sebenarnya yang hempap aku tuh. (dah la berat nak mampos.!)
tapi yang pasti aku rasa sangat susah nak bergerak, pusing-pusing and guling-guling atas katil macam selalu. (amek mood sebelum tido)haha.
fed up gila tak boleh tido + (takut sebenarnya), last-last aku lari kat katil roommate aku and tido dengan dia. (nasib baik roommate aku baik. sayang roommate aku.! =)


minggu depan dah start exam dan aku tak study and buat revision lagi.
sangat takde mood ok nak exam ni.
sekarang ingat nak balik rumah je.
rindu gila kat mak bapak aku, adik-adik aku, sedara mara dan kaum kerabat, anak-anak sedara yang comel :) hehe, masakan mak aku yang sedap.! dan macam-macam lagi lah.!
semua aku rindu.!
dok kat maktab ni aku lagi homesick kalau nak dibandingkan masa aku dok kat seratas dulu.
padahal seratas tuh lagi jauh kalau nak dibandingkan dengan maktab ni.
yelah, kalau tak, takde lah ak asyik nak balik je kan..hehee~
selalunya dua minggu or tiga minggu sekali mesti aku balik.
ni dah almost sebulan aku tak balik. mane lah aku tak homesick kan.!
hahahaha.


wokeyh2.! ada keje nak buat.
chow dulu. nanti-nanti aku bebel lagi..
hohoho.


luv~


Tuesday, October 19, 2010

rindu skolah.!

aku baru je jenjalan kat blog batch..

batch23 la.. batch mne lagi kn..

tgk video kat sana..

sumpah.! aku rindu kat seratas..

lagi2 geng2 aku 'pantang bersinar' *bling2*

toknek, cici, nad, ijat, micoit, nadya mummyku, tyrox, ikan@aini, syud, faz, fadh, syad, nainy n iqa...

(sory kalo x letak nme)hehe

dorm8 aku E2-2 eija, arin, eifa..

dorm2 yg slalu jadi tumpangan ak lepak2..

dorm E2-3, E1-1, F1-1, F2-4

classmate yg agak x betui sket..

yg salu kne pow ngn aku.. (anda mmg baek hati la.!)




ak tau korang sume mesti ingat lagi habit2 aku tu

1- suka tdoq x ingat dunia.... ZzzzZzz~

2- suka beli makanan banyak2 suh hangpa makan..haha

3- suka membebel..

4- suka pow orang..

5-kalo malam2 nk g toilet mesti kejut korang suh temankan aku..hehe

6- suka buat stok makanan banyak2.! yeah.! i like.! hahaha




aku x tau la ape lg habit aku kat skolah dulu..

korang ingat x.??

hahaha




penat membebel.. laen kali aku sambung balik noo..


luv~

Sunday, October 10, 2010

1st time

ehem-ehem..! testing-testing one, two, three..
hahaha
akhirnya aku bukak jgk la blog ni selepas puas kena bebel ngn toknek..
(toknek jgn nk bebel lg ye..)
x tau lg nk cerita apa sbb time aku tulis entry ni aku masih merempat kat bilik tv blok kediaman aku sbb TAKDE ELEKTRIK.!
2 hari beb xde letrik.! dah la aras aku je yg xde letrik uh.!
xpe2.. nasib baik ak ni penyabar..
hehehe~

saje aku pilih tarikh ni nak buat blog sbb :
1- bulan aku lahir (aku lahir 3 oktober 1991)
2- tarikh yg besh.! (10.10.10) hehehe
3- hari ni hari ahad.. cuti beb.!
4- hari ni idola aku kawen.! Dr. Sheikh Muszaphar Syukor with Dr. Halina (semoga bahgia ke akhir hayat)

ok la.. sampai sini dulu la aku membebel..
nanti2 ak bebel lg ok.!
nak tengok idola aku punye majlis persandingan kt tv3.

luv~