Friday, October 29, 2010

sayangi diri anda



di petang yang hening dengan angin sepoi2 tak reti bahasa hari tu, aku ngan member2 aku g r lepak2 kat warung goreng pisang depan maktab ni.
tengah syok lepak2, minum2, makan2, borak2..
tiba2 ade la sekumpulan manusia (lelaki) datang dok lepak jugak la kat meja sebelah meja kitorang.
aku tak tau la depa tu bangsa ape? keturunan ape? sebab muka nampak macam chinese tapi cakap tak macam chinese pon!
tapi aku pedulik hape pasal depa tuh! bukan aku nak ngorat pon!

yang buat aku ngan member2 aku hangin 1 badan bila depa takde segan silunya telah merokok secara berjemaah tanpa memikirkan keadaan orang sekitar.
eh bro! (atau lebih sedap bunyi dia 'eh beruk!') lu kalau nak mati sangat lu pi la hisap rokok lu jauh2! yang lu nak bawak kitorang mati ngan lu tu ape pasal? tahi la lu! (geram betol aku!)

kalau ikutkan hati, nak je aku sound direct kat depa tu tapi memandangkan kerjaya aku sebagai seorang bakal cekgu (poyo je), takkan la aku nak maki depa depan2 kan? malu la depa n malu la aku..ye dak? dah le ramai orang time tu..
so konklusinya, sabar je la weyh! sambil makan tutup hidung..ngek!

lagipon aku rase kalau aku maki2 depa tu bukannye depa faham pon sebab aku rase depa tu warga asing la (pengetahuan am : area maktab aku memang ramai warga asing).
ntah depa tu warga filipina ka? vietnam ka? taiwan ka? kemboja ka? aku pon tak tau.
tapi yang pasti bukan korea okk! kalau korea dah lame aku suh kirim salam kat RAIN.! ngee~
dan yang pasti jugak depa bukan warga afrika selatan, uganda, austria atau yang senasib dengannya ..

kenapa aku tak suka rokok? sebab amaran kerajaan Malaysia..
'ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'
rokok itu membunuh tau tak!
kalau nak mati sangat pi la mati sorang2 sana! jangan kau nak libatkan orang yang tak bersalah!
lagipon aku pernah terbaca, perokok pasif (mereka yang berada berhampiran dengan si perokok), risiko mereka untuk mati sebab asap rokok adalah lebih tinggi daripada mereka yang menghisap asap rokok tersebut. see!

so, kepada para pembaca blog buruk aku (terutama sekali yang merokok), tengok2 la keadaan sekeliling korang sebelum merokok tu.
aku tak kisah kalau korang nak lepaskan gian korang tu sebab aku pon ada jugak member yang merokok. aku kawan je ngan semua orang..
tapi ingat2 la derr! tak semua orang suka bau rokok lu, asap rokok lu.
(pengetahuan am : lelaki2 dalam famili aku tiada sorang pon yang merokok okk!)
Alhamdulillah..

mungkin lepas baca entry ni akan ada suara sumbang cakap..
'hek eleh..gua beli rokok ni pakai duit gua okk! takde mintak duit lu pon! diam sudah!'
lantak korang la nak cakap ape.. mulut orang mane boleh tutup kan?
lagipon...ini blog aku, suka hati aku la nak cakap hape!

(ini entry percuma untuk kementerian kesihatan)




*mood tidak stabil~ (mungkin kerana exam semakin hampir)

sekian, wassalam~

No comments: