Wednesday, January 26, 2011

elaun dah masuk! marilah berjoli~ HAHA




Yeah! Elaun dah masuk. Apa lagi memang berjoli habis la! haha.
Eh2, takde la sampai kering duit kat dalam akaun tu. Mentang2 baru dapat elaun, suka2 je nak habiskan sampai licin. Nanti hujung sem kau makan la nasik lauk kicap je. Tak pon makan megi.

Ok2~
Sempena elaun yang dah masuk dalam akaun bank, aku ngan Shidah pergi beli sushi kat Sushi King! Tapi kitorng take away je la. Malas nak makan kat sana sebab nak balik awal. Poyo! Pergi BP Mall pon dah dekat pukul 4.30 petang.

Sebelum pergi kat Sushi King, kitorang window2 dulu kat dalam Pacific. Hasilnya, aku beli stokin, tisu, 'barangan wanita' n pastinya sedikit jajan untuk dijadikan stok. Shidah pulak cuma beli tisu ngan kacang cap ngan nyin untuk dimakan masa marathon menonton cerita Merlin.

Keluar Pacific, menggagau cari hadiah untuk Cuna. Esok burfday dia. Surprise! Surprise! Surprise. Tunggu esok la ye~ Hahaha

Lepas beli hadiah terus pergi Sushi King. Ni 1st time aku beli sushi kat sini. Yelah..aku pon bukan minat sangat ngan sushi2 ni. Tapi sebab teringin nak makan takoyaki kat sini punya pasal n sebab dah janji ngan Shidah,

"Kalau elaun dah masuk, kita makan kat Sushi King eh Shidah? Aku teringin nak rasa takoyaki kat sana la. Hihi"

"Ok! Aku pon dah lama tak makan kat sana." Shidah balas.

So, untuk melunaskan janji kitorang pon pergi la. Aku order takoyaki ngan pe benda sushi ntah ada sotong (tako) kat atas dia. Dua benda ni pon dah 11 hengget lebih. Shidah lagi order macam2. Dekat 25 hengget jugak la dia kena.

Habis membeli terus blah balik maktab. Tunggu bas. Hujan renyai2, nak naik teksi pon macam takde function sebab teksi cuma boleh hantar student sampai kat guard post je. Nak ke asrama jaauuuhhh lagi! Dah la berbukit bukau, bertangga2. Nasib baik turun je dari bas dah tak hujan. So, menapak la dengan gembira~

Sampai je bilik dah dekat pukul 6.15 petang. Terus sembahyang Asar pastu makan! First2 mestilah makan takoyaki sebab aku kan dah lama teringin nak makan benda ni! Tapi lepas makan aku rasa hampa sebab rasa dia tak macam yang aku harapkan. Presentation dia pon biasa2 je. Sedap lagi takoyaki kat Tako Tao yang kat Jusco tu! Oishi! Sehingga menjilat jari tangan. Lepas makan takoyaki, aku pon makan la sushi sotong yang aku beli tu. Siryes! Tekak aku memang susah la nak terima sushi2 ni. Yelah..tekak jawa belacan! Manalah tak kembang tekak aku makan sushi ni. Makan 1 je. Lagi 1 bagi kat Shidah.

Dekat2 nak Maghrib, roommate pon balik dari dating. Dia datang.. teng teng teng.. dengan hai mi bandungnya~ Sayang roommate lebih la! Walaupon dah kenyang tapi aku bantai makan jugak. Ecah beli 2 bungkus. 1 dia makan sorang n 1 lagi aku makan share ngan Shidah. Tu pon aku yang habiskan sebab Shidah dah kenyang makan sushi. Rasa nak meletop jugak la perut aku sebab tengah hari tadi dah melantak nasik banyak gila. Padan muka aku!













**********************************************************************


Oh ye~ Hari ni sambung buat kerja kayu. Projek sem ni kena buat Rak Kasut! Aku rasa aku paling slow sekali buat projek ni. Potong kayu pon tak siap2 lagi. Malas nak cerita lebih2 pasal benda ni kat blog. Cerita ngan roommate je boleh la. Hohoho.









Harap dapat siapkan projek dengan jayanya~ Chaiyok!









*Esok dah boleh start packing bag untuk balik ke kampung halaman tercinta.
Wink3~




P/s : Yang tak dapat balik kampung, sila duduk dalam bilik diam2. Harap maklum. Huahuahua~







Tuesday, January 25, 2011

bantulah saya~





Currently tengah buat kerja perkembangan kanak2 ngan sejarah pendidikan teknik & vokasional. Siryes aku rasa perkembangan kanak2 ni susah owh! Group aku dapat bab 7. Antara tajuk bab 7 ni,

-Pengertian konsep personaliti.
-Klasifikasi personaliti berdasarkan teori2 personaliti.
-Faktor2 yg mempengaruhi perkembangan personaliti.
-Peranan guru dalam membentuk perkembangan personaliti.
-Perkembangan konsep kendiri.
-Peranan guru dalam membentuk perkembangan kendiri murid.

Siapa2 ada buku rujukan tambahan, sila bagitau aku. Siapa2 yg baik hati nak terangkan pon ok jugak sebab aku baca benda alah ni tak faham2. Paloi!














Owh yeah! baru dapat rumah sukan baru. Kali ni aku masuk rumah BIRU! Feveret kaler~
Haha






Siryes bila kau masuk maktab ni macam kau masuk sekolah balik! Ada hari sukan ngan merentas desa bagai. Sabaq ja la~




THANK YOU!

Terima kasih banyak2 kpd yg sudi follow blog buruk ni.

And some of the follower, walaupon tak pernah kenal langsung tapi sanggup follow membaca aku membebel~

tengs!!

:)


Thursday, January 20, 2011

hari cuti yg 'paling best'






Hari ni memamg hari cuti yg 'paling best'! Bangun2 tido je dah takde air!
Gilo! Nak mandi camne weyh??
Nasib baik roommate tak balik rumah. Ada la jugak kawan nak cari air. So, aku ngan dia tergagau2 la cari air.
Dalam misi cari air ni ada la senior cina bagitau kat blok sebelah blok aku ada air.
aku ngan roommate aku pon terus la pergi sana dengan kadar segera sebab takut nanti kat sana pulak takde air.

Siap mandi terus pergi kafe cari lunch. Agak terkezut la bila akak kafe tu charge makanan aku RM 3.50 untuk 1 polisterin nasi, 1 ketul ayam goreng n sambal belacan. whathefish! Selalu aku kena around RM 4.40 - RM 4.60 untuk 1 polisterin nasi, 2 ketul ayam goreng n kuah sikit. Aku yang rasa pelik ni pon tnye la akak kafe tu.

"akak, nasi ni berapa ringgit?"

"nasi singgit setengah", akak kafe jawab.

"ayam? sambal belacan" aku tanya.

"ayam RM 1.70, sambal belacan 30sen" akak kafe jawab.

aku hanya mampu ckp "owwhhh!". Redha je la~




Petang2 pulak merajinkan diri main basket ball. Konon2 nak kuruskan badan la. Hampeh!
Haram jadah aku tak tau main basket ball ni! Shoot tak masuk2 pon. Paloi!



Dinner hari ni cuma makan megi je. Sedap jugak la sebab dah kebulur! Roommate aku pulak ntah kenapa ntah teringin nak makan megi. Follow je la.




*********************************************************************



Semalam main mesej ngan Aca. Dia kalau mesej aku memang takde keje lain. Sama ada nak suruh belikan barang atau nak mengadu tak puas hati ngan Ajik. Alolololoo~ minggu depan Awa balik kita story mory ye.. :)

Memang rapat ngan Aca sejak kecik. Tido pon sekatil sejak kecik. Kalau aku tak boleh tido malam, mesti aku peluk tangan dia yang keding tu. Malam2 selalu kitorang story mory pasal famili, sedara mara, member2, crush.. Crush?? hahaha
Rindu giler kat FAMILI aku! <3







p/s: tak sabar nak tunggu minggu depan~ hihihi

Sunday, January 16, 2011

nak jadi berani!





Boring gila malam ni. Ada keje tapi malasnya nak buat.. Ya Rabbi!
Keje yang tak siap lg tu keje TITAS. Dah la tak pernah belajar TITAS ni.
Entah cerita pasal apa entah aku pon tak tau nk cakap macam mana. Nanti la kalau aku dah belajar apa benda TITAS ni aku cerita kat korang eh?

Roommate pulak tengah tengok cerita Niyang Rapik. Aku tak tengok. Takut nanti malam tak boleh tido. Aku kalau cerita2 hantu, cerita yg seram2, horror ke, entah apa bende semua tu memang surrender tak mao tengok! Takut nanti mimpi2! Tapi ada jugak aku jeling2 tengok cerita Niyang Rapik tu. Cuma mampu jeling je sebab takut nak tengok. Pastu tanya Ecah ngan Shida,

"macam mana weyh?"

"apa jadi?"

"dah mati ke?"

Nasib baik la diorang rajin melayan aku membebel. So, diorang pon cerita la. hehe
Bila la nak jadi berani ni eh? Ni nak pegi toilet pon mintak teman. Apa kes??
Member2 aku yg lain semua berani2 belaka. Pegi toilet sorang2 pukul 3-4 pagi relax je.
Aku? jangan harap. Terpaksa kejut roommate ajak pegi toilet. Aku pegi toilet sorang2 pon berapa kali la sangat. Yg aku ingat ada sekali tu terpaksa pegi toilet sorang2 sebab roommate pegi tengok World Cup! Adoh! Lari2 aku pegi toilet. Kadang2 malu jugak. Yela, dah besar gajah pon mintak teman pegi toilet.

So, korang ada petua nak bagi aku berani tak???









Sunday, January 9, 2011

nombor ekor??





sekarang ni tengah feymes main nombor2 kat fb. aku tak tau la sape yg mulakan main benda alah ni. tau2 je ada orang pm aku kat inbox bagi nombor. nasib baik aku tau sikit2 pasal benda alah ni. main benda ni macam ni.

kau pilih apa2 nombor n pm kat inbox aku. nanti aku akan describe ko berdasarkan nombor yg kau bagi kat status aku. kiranya nombor tu mewakili kau la. nombor tu cuma aku ngan kau je yg tau. tapi kalau orang lain tau kiranya aku dah terdescribe dengan detail nya pasal kau la.

aku suka main benda alah ni sebab aku suka nak tau apa yg orang lain fikir pasal aku, 1st impression diorang kat aku, pendek kata semua la pasal aku. kadang2 benda ni menggamit nostalgia tau. rasa macam kau jumpa balik ngan member2 yg dah lama tak jumpa. lepas tu cakap,

"eh, kau ingat tak dulu kat sekolah kita selalu karok sama2 kat toilet"

"dulu kat sekolah kita selalu escape prep petang kan? kita tido kat bilik sakit, pura2 sakit"

aku rasa macam terkenang balik zaman suka ria aku, zaman hoya2 enjoy tak ingat dunia, zaman tido kat kelas waktu add math, zaman kacau orang dating kat taman tasik. zaman bla bla bla bla bla~ siryes seronok!



********************************************************************************


semalam, 8 Januari 2011, birthday roommate aku Noraisha binti Jasmil.
HEPI BURFDAY ECAH!!! (dah 20 tahun dah kau! ecah dah tua!) :p
SEMOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI BELANJA AKU~
ngee~

beli hadiah ecah last minute sebab tak tau nak beli ape dengan kewangan yg meruncing ni. harap2 ecah suka la dengan hadiah aku ni. :)




sebenarnya banyak nak cerita bila dah lama tak update ni. tapi sebab asyik blackout, ok, blackout, ok. so, aku jadi takde mood nak membebel panjang2.
haih~ sabar je la..

lagipon malam ni nak tengok juara lagu. nak pegi chop bilik tv. nanti budak cina dah conquer susah pulak. hehee~



Thursday, January 6, 2011

hari yang ceria~




pergh! hari ni memang pecah rekod sebab aku tak tido petang!
yelah. sekarang ni tengah semangat jogging petang2 keliling maktab untuk menjana kesihatan dan kekempisan perut.
sanggup korbankan masa tido sebab aku kalau dah tido nanti susah nak bangun.
nanti tak dapat la nak kuruskan perut. ye dak? hehe
kalau dah tido petang tu memang harapan tinggal harapan je la nak jogging2 ni.
bangun tido tak semangat, jogging pon tak semangat nanti. yelah.. terpaksa kan?

hari tu masa start jogging cuma 5 orang je. aku, ecah, shila, husna n aina.
hari ni tambah lagi 2 orng, pnut n syida. tapi syida lambat sikit sebab time kitorang gerak dia baru bangun tido.
tadi yg semangat gila jogging ecah, shila, husna n aina. aku ngan pnut banyak jalan je.
pape pon kitorang jogging dgn perasaan gumbira, suka2, macam orang gila main kejar2.
last round pnut ngn aina main lumba lari. sape menang dapat 1 sen.

********************************************************************

esok pagi kena bangun awal2 sebab esok ada budaya al-Quran.
siapa2 yg dok Johor tau la pasal budaya al-Quran ni.
yg dok negeri lain nak tau jugak ke? lain entry la aku cerita.
lepas budaya al-Quran, ada kelas Perkembangan Kanak-kanak sejam.
pastu kelas Pengenalan kpd Pendidikan Teknik n Vokasional sejam.
lepas tu..........boleh la balik bilik makan2, lepak2, tido2 sementara nak tunggu petang.
petang ada pasar malam depan maktab.
owh, esok petang nak beli selimut kat pasar. member aku kata ada selimut 10 hengget.
boleh la buat ganti selimut aku yang hilang tu. :)



Sunday, January 2, 2011

mood berangin




hari ni masuk maktab balik. esok dah start kuliah (kot)..
aku dah sampai batu pahat ni sejak semalam dah. dok umah pakcik aku merangkap adik bapak aku kat bp ni.
datang awal sebab bapak aku nak elak jammed.
yelah..time2 budak nak masuk sekolah memang camni kan?
semua nak suruh parents hantar. aku takde la kisah sangat kalau parents aku tak dapat hantar aku sampai kat maktab ni sebab aku faham kondisi famili aku camne.

sem lepas aku balik maktab sorang2 je naik bas. sampai bus stand, naik bas g maktab pulak. pastu jalan kaki dari guard post sampai asrama. jauh woh! penat gila!
beg pulak paling koman mesti ada 3. 1 beg baju, 1 beg laptop n 1 beg makanan. mak aku memang takkan biar aku balik tanpa bawak makanan. senang dia kata. tak payah nak beli2.
betul jugak. mak masak lagi sedap! sehingga menyebabkan kegemukkan kat awa ni.

tadi pagi bangun pagi2, siap2, ready untuk balik ke maktab. pukul 11 lebih bertolak dari umah pakcik. sebelum balik tu, singgah jap beli nasik beriyani gam. walaupon dah bawak bekal nasik goreng, tetap nak nasik beriyani jugak. pelahap punya budak.

sampai maktab dah pukul 12 lebih. angkat barang, kemas lebih kurang, pastu turun balik salam2 ngan mak bapak n adik2. bapak cakap nak cepat, nanti jammed susah. aku pon redha je la. tahan mata jangan bagi nangis.

lepas mak bapak aku balik, aku pon naik masuk bilik, tido!
petang, roommate aku sampai. roommate dah balik baru ada semangat nak kemas barang2 yg menimbun. pegi bilik stor amek barang2 peninggalan sebulan lepas. nasib baik adik aku ada tolong aku angkat barang dari bilik stor tadi. senang sikit keje aku.

lepas dah kemas2 tadi baru aku perasan selimut aku takde!
hoi! memang berangin la weyh! lahabau mana yang rembat selimut aku nih! memang saje nak tengok aku mengamuk kan?

memang aku hangin gile! dah la charger henset aku hilang. tak tau la sape yang bijak sangat keluarkan charger henset uh dari beg laptop aku. aku tanye adik2 aku semua tak nak ngaku.
hei! memang saje la cari nahas, cari gadoh ngan aku. pantang betul aku kalau barang2 aku hilang ni!


sape2 yang amek, pulangkan cepat!
Allah maha melihat.