Monday, April 18, 2011

Allah lebih menyayangi~

Assalamualaikum..

Sesiapa yang membaca entri ni aku harap korang dapat sedekahkan Yassin atau al-Fatihah untuk lecturer aku, Encik Zakaria bin Mohd Kaliman yang baru kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Menurut member2 aku, allahyarham menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 5.30 pagi di hospital. Dengar cerita, allahyarham meninggal kerana demam denggi. Mulanya dia ingat demam biasa. Last2 baru dapat tau kena demam denggi tapi dah terlambat. Allahyarham muda lagi kot. Baru 45 tahun.

Siryes! Sampai sekarang aku macam tak percaya beliau dah takde. Aku bukan tak boleh terima kenyataan, aku redha je cuma aku terkilan sebab beliau adalah lecturer aku sem ni. Beliau mengajar subjek Perkembangan Kanak-kanak. Beliau sangat baik sekali! Baik gila! memang susah nak jumpa lecturer yang macam ni. Dia dengan student macam dengan member2 je. Sporting, caring, selalu ceria and memang best!

Baru hujung bulan 3 hari tu dia ikut kitorang pergi Bina Insan Guru kat Mersing. Masa tu aku perasan jugak dia macam dah lain je. Macam dah tak ceria. Dia ni memang pantang kalau jumpa aku. Memang tak sah hidup. Tapi hari tu dia nampak macam suka menyendiri. Dah takde nak kacau2 aku dah. Member aku pun perasan jugak. Member aku cakap dia asyik termenung je. Banyak jugak masa kitorang habis dengan dia masa kat BIG tu. Teringat masa berenang kat laut dengan dia, kitorang gelakkan dia sebab nampak perut dia yang boroi tapi dia buat tak kisah je. Lepas tu masa kitorang kena berenang tanpa life jacket, punya la dia gigih nak suruh aku tanggalkan life jacket. Boleh pulak tolong bukakan! Padahal aku dah cakap dah nanti susah nak pasang balik, buat penat je aku pakai tadi, dah la susah. Tapi dia selambe je bukak. Teringat jugak dia bagi jemput2 kat aku masa sarapan. The best jemput2!

Bila cerita ramai2 dengan member2, memang banyak la cerita yang jadi kenangan kami dengan beliau. Tapi bila dah ramai2 cerita pasal kenangan ni memang mengalir la air mata. Teringat perangai dia, cara dia jalan, cara dia cakap, cara dia mengajar, cerita2 dia gi posting kat Sabah dan macam2 lagi la.

Kalau nak diikutkan banyak lagi kenangan kitorang dengan dia tapi aku taknak cerita sekarang sebab mata aku pedih baru lepas nangis. Ingat tadi memang taknak nangis tapi bila dah start bukak cerita pasal dia ramai ngan member tadi, terus mengalir air mata.


So, aku mintak korang sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham. Doakanlah supaya rohnya dicucuri rahmat. Permudahkanlah urusan kuburnya dan semoga allahyarham tenang di alam sana.


Amin~


Ni gambar kandid allahyarham yg terakam dalam kamera aku masa BIG hari tu.



~ Memori yang tak akan dilupakan sampai bila2~