Monday, May 6, 2013

Weeehuuuuuu~ dapat membebel


Assalamualaikum.. and hai! dah lama aku tak update blog ni kan?? kalau ikutkan tarikh last aku update hari tu kira dah dekat setahun jugak la tak update..hihi. kadang2 tu bukan taknak update tapi ada la beberapa cabaran dan halangan bilamana aku nak update ni. ok stop dengan alasan yang mungkin akan panjang berjela kalau diceritakan sebab biasa la manusia memang suka bagi alasan kan?? dan aku pon manusia biasa macam tu jugak.. heee~

Selama aku dah lamaaa tak update ni macam2 perkara terjadi pada diri aku dan orang2 sekeliling aku. Ada yang gembira dan ada jugak yang sedih. Tapi memang tu la lumrah kehidupan kan?? mana ada hidup yang sentiasa happy je..mestilah ada turun naik, berliku liku dan berwarna warni. Gila boring hidup ni kalau ada satu colour je.

Ok, berbalik pada kehidupan aku sebagai seorang guru pelatih di sebuah IPG di selatan tanah air. (eceh, ayat tak boleh blah kan..) Hidup aku biasa2 je tapi cukup la semua..cukup makan minum, cukup pakaian, cukup duit, cukup kasih sayang famili dan kawan2. Ya, hidup yang sederhana tapi bahagia. :)

Meh sini aku nak bebel sikit. 

*Tak perlu terpengaruh bilamana tengok kawan2 semua (mostly) dah tukar handphone yang canggih2, smartphone and what-so-ever tapi aku masih lagi pakai henset zaman sem 1 foundation dulu, yang dah banyak kali terjatuh dari katil, jatuh terhempas kat divider pakej sekali calar balar jatuh kat jalan tar, masuk air sebab pi gatal bawak gi toilet (sebab time ni tengah syok mesej ngan sorang member tu ngumpat pasal sorang ustazah zaman sekolah..hisyh3~ jangan la kome ikut perangai ni..kan dah kena balasan. aku dah taubat dah..hehe) dan macam2 lagi la tapi still henset burukku ni dapat bertahan lagi sampai sekarang.  

*Tak perlu nak cemburu bilamana tengok kawan2 dapat bawak kereta kat maktab ni. (means, ada pengangkutan la nak gi jenjalan, balik kampung semua tu) Kita ni dapat tumpang sampai bus stop depan maktab tu pon dah kira syukur alhamdulillah la. Kita tau macam mana keadaan kewangan famili kita dan bagi aku tak perlu la kita nak paksa famili kita belikan kita kereta macam kawan2 kita tu. Famili dia lain, famili kita lain. Mak bapak dia kerja lain, mak bapak kita kerja lain. Sila fahami famili anda, masing2 dah besar, dah boleh fikir kan?? ke fikiran masih kebudak-budakan lagi di umur 20-an ni???

*Tak perlu nak burukkan nama orang lain semata-mata nak dapatkan kepercayaan seseorang. Anda burukkan nama si X sedangkan anda berkawan baik dengan si X?? like seriously?? betrayer giraffe?? Apa yang anda dapat bila anda burukkan nama kawan baik anda?? you got nothing plus you're a LOSER.

*Tak perlu nak rasa diri itu sempurna kerana tiada apa pun yang sempurna melainkan Dia. Hidup dalam satu negara, satu kelompok masyarakat, satu kampung, satu perumahan, satu sekolah, satu kelas waima satu rumah juga perlulah bertolak ansur, saling memahami, muafakat dan positif. Kalau dah tau kawan kita tu tak suka kita duduk2, lepak2 atas katil dia, jangan buat lagi dah. Kalau kita tau kawan kita tu suka buat kerja lepas Isyak, siapkan dulu part kita supaya takde la nanti dok sibuk cakap2 pasal kawan kita tu tak buat kerja la, pemalas la. Padahal kawan kita tu nocturnal. Petang2 dia tidoq, malam sat kang baru dia buat kerja. Memang tak match la dengan kita yang sebelum jam 12 malam dah zzZZZzzzZZZz..??

Ok la, setakat ni je dulu aku nak habaq mai kat hangpa. Kang aku cakap lebih2 kang ada yang terasa. Tak pasal2 kang 7 keturunan tak mau tegur aku. Rindu aku?? pm je kat fb tu haa.. InsyaAllah aku reply.. :)





p/s : siapa2 nak bagi handphone baru kat aku boleh la bagi. mana lah tau nak tukar iphone 5 ke? tak pon tukar Galaxy S4 yang baru keluar ni ke?? ekeke~ (just joking)