Sunday, February 13, 2011

tercabar aku woi!





Huh~
Dah lama aku tak update blog ni. Nak kata busy sebab pergi Bina Insan Guru macam Tyrox ngn Safuan tu takde la pulak. Nak kata busy buat drawing macam Toknek pun tak jugak. Selalunya bila rasa nak update blog ni je tiba2 rasa mengantuk. Tu yg selalu tak jadi nak update. Asyik bertangguh je. Haih~

Berbalik pada tajuk. Kenapa aku rasa tercabar? Ce cite ce cite..
Hah, ni nak cite la ni. Petang tadi tiba2 mood rajin-aku-nak-jogging datang. So, aku jogging la bertiga dengan Shidah n Shila. Masa kitorang tengah jogging tu, (bajet jogging, padahal cuma jalan bersiar2 je) tiba2 ternampak la ada budak ni, he drove a van!

Gilak ah! Aku drive kereta pun tak pernah woh. Budak ni bukan takat pandai drive kereta tapi dah pandai drive van! Memang gila babeng la! Sebab benda ni la aku rasa tercabar. Siapa tak tercabar weyh. Aku rasa budak tu macam budak sekolah rendah je. Kalau budak sekolah menengah pun aku rasa dia takat Form 1 atau Form 2 je la. Selalu tu aku nampak jugak budak ni jalan2 ngn adik dia tapi naik motor je la.

Kalau setakat budak sekolah rendah bawak motor, aku takde la heran sangat sebab budak2 kat kampung aku pun sepesen macam tu jugak. Kecik2 dah mengada2 nak bawak motor. Dah la kaki tak cecah tanah nak bagi motor tu tegak stabil. Terpaksa la pijak batu kan adik2? (ah, padahal darjah 3 kau dah mengada nak belajar bawak motor ) ********tapi kaki aku cecah tanah ok!

So, bila nampak budak sekolah rendah macam tu dah pandai drive kereta, aku pun rasa semangat nak amek lesen kereta! ( Te tibe )

Tapi siryes la aku nak amek lesen ngn motor. Yela, sampai bila nak ada lesen basikal ngn kereta sorong je. Ye dak? Koman2 kalau ada lesen motor boleh la aku merempit ngn adik aku gi Jusco, Klang Parade, Centre Point, Shah Alam. Tak payah la aku naik bas yg sememangnya ramai penumpang warga asing. Aku bukan racist eh. Cuma aku tak suka bila diorang bising2 dalam bas dengan bahasa yg aku tak faham. Errgghh!

Kalau ada lesen kereta pulak, boleh la nanti jadi co-pilot bapak aku. Kesian bapak aku drive sorang2 n kitorang bantai tido keboringan-sebab-tak-tau-nak-buat-apa-dalam-kereta. Sekarang ni dalam famili aku, cuma bapak aku je yg ada lesen kereta ngn motor. So, kalau dah ada lesen nanti boleh la aku jadi anak yg berguna dan berbakti kepada mak bapak, bangsa, agama dan tanah air.

Ececece~
Angan2 je lebih aku ni. Suruh amek lesen macam2 hal. Tengah kumpul duit la, seram sejuk la, takut JPJ garang la. Alasan je kan?

Sekarang ni duit dah cukup. Cuma aku rasa seram sejuk n takut dapat JPJ garang.



***Korang yg dah amek lesen macam mana? Boleh la bagi advise macam mana nak handle JPJ n cara2 amek lesen.
:)





Wednesday, February 9, 2011

ada kau tau??




Aku rasa sedih ada kau tau?


Aku rasa geram ada kau tau?


Aku rasa macam bangang ada kau tau?


Aku menangis sorang2 ada kau tau?


Kau tak pernah tau SEBAB..





Kau selalu pentingkan diri sendiri.


Kau cuma tau cakap lebat tapi buatnya tidak.


Kau selalu buat aku macam barang mainan kau. Suka kau amek, tak suka kau campak merata.


Kau MEMANG TAKDE PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN!

Kasih sayang yg kau tunjukkan tu semuanya dusta belaka. Hanya untuk mengaburi mata semua pihak.


Kau memang tak pernah tau apa yg aku rasa. Aku tak nafikan kau memang hebat. Ada segalanya yg kau nak. Sampai kau tak boleh nak fikir akan kesusahan orang lain. Kau bangga menjadi orang hebat tapi kau tak fikir apa perasaan orang yg kau ketepikan tu. Kau cuma fikirkan kegembiraan kau je. Tapi kau tak sedar yg kau gembira tu atas kesengsaraan orang lain. Ada kau fikir? Heh! Kau tak pernah fikir sebab kau cuma tau cakap je. Kau rasa kau sorang je yg betul, orang lain semua salah.


Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2.

Kalau kau pandai tahap profesor sampai study kat oversea tapi perangai macam haram! tak payah nak bangga la weyh.

Kalau kau cantik taraf miss world sekalipun tapi hati kau busuk macam sampah! baik kau cermin balik diri kau tu.

Kalau kau suka sangat cakap besar, cerita lebat, porak perandakan hidup orang lain, jangan kau berani muncul depan aku! I HATE YOU!!