Thursday, May 15, 2014
May datang lagi !!! Setahun hanya sekali~
Assalamualaikum.. hai~
Yeah!!! Seperti tajuk di atas, May datang lagi!!
(aku baru perasan yang aku ni update blog setahun sekali..terasa loser pulak) hihi.
Takpe lah, blog ni pon tempat aku luahkan perasaan je. haha. Tu pon kalau rajin nak menaip..selalunya dok cakap dengan tilam, selimut dan bantal busuk kalau ada masalah perasaan ni. Kadang2 sampai basah selimut dengan bantal busuk ai tu sebab nangis tak ingat dunia. haha. Thanks guys! you comfort me a lot!!
Currently, kat asrama, dalam bilik, dok sorang2 sebab member lain semua tak balik lagi. :(
Semoga kalian jumpa jalan balik maktab ni..bawak makanan sekali! Aku lapar plus dah boring dok sorang2 ni.. Nak study pon malas sebab takde geng. (eh, selama ni macam ko study awal plak kan hajar oiii..selalunya bukan last minute ke??)
Semalam, 14 May 2014 my lovely daddy terbang ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Semoga selamat semuanya. Awa doakan bapak, Mak Jah (makcik@kakak sulung bapak) dan Nenek Muda(nenek saudara@makcik kepada my bapak) selamat di sana, tenang mengerjakan ibadah dan dipermudahkan dalam segala urusan.. Aminn~
*Last night tiba2 teringat kat someone pulak. ciss!
Monday, May 6, 2013
Weeehuuuuuu~ dapat membebel
Assalamualaikum.. and hai! dah lama aku tak update blog ni kan?? kalau ikutkan tarikh last aku update hari tu kira dah dekat setahun jugak la tak update..hihi. kadang2 tu bukan taknak update tapi ada la beberapa cabaran dan halangan bilamana aku nak update ni. ok stop dengan alasan yang mungkin akan panjang berjela kalau diceritakan sebab biasa la manusia memang suka bagi alasan kan?? dan aku pon manusia biasa macam tu jugak.. heee~
Selama aku dah lamaaa tak update ni macam2 perkara terjadi pada diri aku dan orang2 sekeliling aku. Ada yang gembira dan ada jugak yang sedih. Tapi memang tu la lumrah kehidupan kan?? mana ada hidup yang sentiasa happy je..mestilah ada turun naik, berliku liku dan berwarna warni. Gila boring hidup ni kalau ada satu colour je.
Ok, berbalik pada kehidupan aku sebagai seorang guru pelatih di sebuah IPG di selatan tanah air. (eceh, ayat tak boleh blah kan..) Hidup aku biasa2 je tapi cukup la semua..cukup makan minum, cukup pakaian, cukup duit, cukup kasih sayang famili dan kawan2. Ya, hidup yang sederhana tapi bahagia. :)
Meh sini aku nak bebel sikit.
*Tak perlu terpengaruh bilamana tengok kawan2 semua (mostly) dah tukar handphone yang canggih2, smartphone and what-so-ever tapi aku masih lagi pakai henset zaman sem 1 foundation dulu, yang dah banyak kali terjatuh dari katil, jatuh terhempas kat divider pakej sekali calar balar jatuh kat jalan tar, masuk air sebab pi gatal bawak gi toilet (sebab time ni tengah syok mesej ngan sorang member tu ngumpat pasal sorang ustazah zaman sekolah..hisyh3~ jangan la kome ikut perangai ni..kan dah kena balasan. aku dah taubat dah..hehe) dan macam2 lagi la tapi still henset burukku ni dapat bertahan lagi sampai sekarang.
*Tak perlu nak cemburu bilamana tengok kawan2 dapat bawak kereta kat maktab ni. (means, ada pengangkutan la nak gi jenjalan, balik kampung semua tu) Kita ni dapat tumpang sampai bus stop depan maktab tu pon dah kira syukur alhamdulillah la. Kita tau macam mana keadaan kewangan famili kita dan bagi aku tak perlu la kita nak paksa famili kita belikan kita kereta macam kawan2 kita tu. Famili dia lain, famili kita lain. Mak bapak dia kerja lain, mak bapak kita kerja lain. Sila fahami famili anda, masing2 dah besar, dah boleh fikir kan?? ke fikiran masih kebudak-budakan lagi di umur 20-an ni???
*Tak perlu nak burukkan nama orang lain semata-mata nak dapatkan kepercayaan seseorang. Anda burukkan nama si X sedangkan anda berkawan baik dengan si X?? like seriously?? betrayer giraffe?? Apa yang anda dapat bila anda burukkan nama kawan baik anda?? you got nothing plus you're a LOSER.
*Tak perlu nak rasa diri itu sempurna kerana tiada apa pun yang sempurna melainkan Dia. Hidup dalam satu negara, satu kelompok masyarakat, satu kampung, satu perumahan, satu sekolah, satu kelas waima satu rumah juga perlulah bertolak ansur, saling memahami, muafakat dan positif. Kalau dah tau kawan kita tu tak suka kita duduk2, lepak2 atas katil dia, jangan buat lagi dah. Kalau kita tau kawan kita tu suka buat kerja lepas Isyak, siapkan dulu part kita supaya takde la nanti dok sibuk cakap2 pasal kawan kita tu tak buat kerja la, pemalas la. Padahal kawan kita tu nocturnal. Petang2 dia tidoq, malam sat kang baru dia buat kerja. Memang tak match la dengan kita yang sebelum jam 12 malam dah zzZZZzzzZZZz..??
Ok la, setakat ni je dulu aku nak habaq mai kat hangpa. Kang aku cakap lebih2 kang ada yang terasa. Tak pasal2 kang 7 keturunan tak mau tegur aku. Rindu aku?? pm je kat fb tu haa.. InsyaAllah aku reply.. :)
p/s : siapa2 nak bagi handphone baru kat aku boleh la bagi. mana lah tau nak tukar iphone 5 ke? tak pon tukar Galaxy S4 yang baru keluar ni ke?? ekeke~ (just joking)
Tuesday, May 8, 2012
gundah gulana
hati rasa tak tenang. fikiran berkecamuk. rasa macam kekurangan sesuatu. rasa macam ada benda tak selesai lagi. ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.
Wednesday, May 2, 2012
oksigen please~
dekat2 nak abes sem ni macam2 la pulak aktivitinya.. tu belum lg masuk bab exam. haih~
khamis : UAK Hubungan Etnik (pagi), 2 lecturer mintak ganti kelas.
jumaat : karnival Kemahiran Hidup *wajib pegi sebab jabatan aku ni!, lepas zohor balik klang *sorry kengkawan..
sabtu : kenduri kawen classmate masa darjah 5, kenduri cukur jambul anak saudara *thats why x dapat attend wedding my ex-roommate..sorry ecah~ dont worry, hadiah aku dah beli awal2! :)
ahad : balik semula ke maktab 'tercinta' *sebab isnin ada event.
isnin : seminar BIG *........................
haih..semput~
ni belum lagi agenda2 tersembunyi.. (pengsan!)
Thursday, October 20, 2011
quick update
tiket dah dibeli. ya. aku nak balik kampung. 'wes kangen banget kambek biung nge'. tak faham? meh aku tolong translate kan. 'dah rindu sangat dengan mak'.
good news hari ini, i got fever. ini memang betul2 homesick. teringat zaman PLKN dulu. dekat2 nak tamat latihan, boleh pulak aku demam. tak pasal2 muntah berkali-kali dalam flight.
ok la. tak nak membebel panjang2. barang pun tak habis packing lagi.
SELAMAT BERCUTI KAWAN2!
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI <----- special for tyrox (nak muruku woi!) ekekeke~
<3 u!!
assalamualaikum
Monday, October 10, 2011
10 OktoBer 2011
selamat ulang tahun sayang. sorry la kalau i selalu tak jenguk u tapi i sayang kat u oke!
<3 u always,
muuaahhh!
Sunday, October 9, 2011
sembilan.sepuluh.sebelas
sebenarnya tak tau nak cakap ape tapi nak tulis jugak sebab tarikh hari ni lawa~ ^_^
owh ye, hari ni hari last boleh free call..huhu sedih~ kenapa la celcom tak bagi masa sebulan untuk free call?? <----- orangbanyaklemakyangtamakhaloba.
lagi 1, sebenarnya nak share 1 lagu kanak2 ni. tapi lupa pulak lagunya. tiba2 ternyanyi lagu tu masa kelas Murid & Alam Belejar hari tu. nanti la time tido aku try ingt2 balik. esok aku update lagi. hehee~
err..esok aku update lagi ok! sebab esok hari special. :)
p.e.a.c.e
<3 u
Thursday, September 29, 2011
memang jiwang pun~
Tidak sukar untuk ku membaca hatimu
Bila mata lebih lantang bersuara
Apa kupercaya dedaun mekar di pepohon
Rupanya gugur di musim luruh
Dalam diam cinta telah mengubah hati
Dalam diam persimpangan menanti
Bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
Tiada sinar kasih menyinari....
Mungkin dirimu dah ada pengganti
Yang melukis senyuman hatimu dah dicuri
Mungkin juga diriku sudah menyusahkan tidak sempurna lagi
Apa itu kah di hati
C/o
Demi kasih kita katakan lah sayang
Hanya awan mendung yang kan menanti kita
Tak guna berpura jika hati tawar
Demi kasih kita ikhlaslah padaku
Masih kah punya ruang di sudut hatimu
Atau dah tertutup pintu di hati mu
Katakan ku ingin tahu....ingin tahu
Kerna masih sayang kan mu
Hoo..hoo.
Dah ku faham bibir enggan berbicara
Mungkin tak sanggup lihat ku kecewa
Setelah sekian lama impian dibina bersama
Namun takdir punya kisah berbeza
Tak terbayang pedih rasa di hati
Tak pernah ku alami tak bisa diubati
Tanpamu di sisiku bagi hilang punca
Ku hilang segalanya hanya kau saja ku cinta
C/o
Demi kasih kita katakanlah sayang
Hanya awan mendung yang kan menanti kita
Tak guna berpura jika hati tawar
Demi kasih kita ikhlaslah padaku
Masihkah punya ruang di sudut hatimu
Atau dah tertutup pintu di hati mu
Katakan ku ingin tahu...ingin tahu
Kerna masih sayangkan mu
Hooo..sayang kan mu
Ku ingin tahu.....
-jiwang karat-
hehee~
Saturday, September 24, 2011
maafkan saya blog sayang~
alamak! nampaknya aku dah mungkir janji lagi kan blog? ye2 je cakap nak rajin2 update blog sem ni tapi....hampeh! rupanya jadual sem ni lagi padat dari sem lepas. lagi2 bila dapat lecturer yang sarat mengandung, asal ada break je nak ganti kelas sebab takut tak habis syllabus. haih~
sepanjang 3 bulan tak update blog ni memang macam2 hal yang berlaku. ada yang best and ada jugak yang tak best. yang best sebab ada bulan ramadhan and of course la ada raya aidilfitri kan? bila ada raya tu mesti la dapat duit raya. eh2? dah besar gedabak camni pun dapat duit raya lagi ke? mesti la dapat! kalau tak, takde la aku nak berlagak.. :P
pejam celik pejam celik, dah nak habis sem. makin lama makin membesar. ya. membesar dengan banyak masalah dan konflik. bukan cornflakes ok! tau la mood raya tak habis lagi. aku tak tau la nak cakap macam mana tapi aku sangat2 tak selesa dengan keadaan macam ni. aku tak tau nak luah kat siapa sekarang ni. orang yang selalu aku share cerita dah lama tak on9 pulak. nak mesej memang tak sampai la kan.
kali ni aku tulis pendek2 je la sebab pikot cakap aku tulis blog panjang sangat. macam buat karangan. erkk??
lots of <3. bye~
Friday, June 24, 2011
entri sem baru~
Pergh! Lama dah tak jenguk blog ni. Last singgah pun masa exam sem lepas. Kesian blog ni terbiar dengan semak samun, lalang2, sawang2. Fuhh!!
Ok blog! sem ni aku cuba rajin2 jenguk kau, update kau, sayang kau lebih dari aku sayang bantal dan tilam.
Sem lepas agak busy la dengan projek kerja kayu and what so ever.. dengan jadi penolong kelas lagi. Nak kena buat analisa kehadiran la, jumpa lecturer tu la, lecturer ni la.. macam2 hal!
Tapi sekarang dah start sem baru. Jawatan dah tak ada, dah ringan sikit beban la. :)
Untuk pengetahuan korang, sem ni aku kena bertani. Yups! BERTANI. Kena tanam sayur2 dan kitorang jugak kena buat landskap. Untuk bertani, kitorang kena tanam ikut 3 jenis kaedah. Konvensional (batas), fertigasi dan hidroponik. Untuk kaedah konvensional, kitorang akan tanam salad. Benih dah disemai dan batas pun dah dibuat jugak la. Penat woah nak buat batas ni. Nak kena menebas semak samun, mencangkul tanah2, lepas tu gembur2 tanah tu bagi senang nak tanam pokok. Sakit jugak la pinggang aku ni. Mau osteoporosis awal aku ni. Dah la aku ni sangat 'suka' minum susu.
Sem ni jugak ada GERKO permainan dan kelas aku dapat gerko tenis. Syiok! Aku dah la tak ada skill nak main tenis ni tapi tak apa la. Tak cuba tak tahu. Kan? hehee~
Selain gerko tenis, sem ni ada PJ. Mungkinkah akan belajar aerobik? gimnastik? atau akrobatik? Hah! ni yang kita nak tahu ni.. tapi kena tunggu kelas on la sebab tak pernah masuk lagi kelas PJ ni. Mungkin minggu depan kot.
Nanti kalau ada apa2 hal yang menarik pada pandangan mata aku, aku akan update. InsyaAllah.
Friday, May 20, 2011
terima kasih EDU 3101!
lastly, terima kasih EDU 3101! jasamu dikenang.. kalau kena repeat memang aku kenang jasamu hingga akhir hayat~
salam sayang,
pelajar pismp sem 1..
anak sedara punya posmen punya tukang paip, punya driver, punya kontraktor hassan tanggulung, maria montessori, rahman talib dan yg seangkatan dengannya~
Monday, May 9, 2011
musim study week~
Hari Khamisnya pulak ada UAK English Language Proficiency (ELP). Masa sama jugak sejam setengah. Yang ni siryes susah! Bahagian struktur dia punya petikan panjang kenmain! Aku ni dah la english ke laut. Hancusss! Esei dia apatah lagi. Ada 3 pilihan, jawab 1 je.
Soalan 1, formal letter. No idea. Next!
Soalan 2, informal letter. Idea ada tapi lupa format. Damn! Next!
Advantages & disadvantages pergi lawatan ke sebuah marine park kat Sabah (aku lupa nama tempat tu). Nak buat yang ni tapi tak banyak info & fakta yang aku tau pasal tempat ni. Owh shit! (tu la, blogwalking je tau nyer)
Last2 aku jawab soalan no. 2. Salah format pon lantak la! Aku memang dah lama tak tulis surat kiriman tak rasmi ni.
Owh ya. Minggu sebelumnya aku ada Ujian Amali Teknologi Bahan & Pembuatan. Ujian ni kena buat tanggam bajang dalam masa 3 jam. Nak buat takde la susah sangat sampai perlu memerah otak macam jawab soalan add math SPM. Tapi anda semua perlu ada kesabaran yang tinggi + tenaga yang kuat + ketepatan yg jitu untuk buat tanggam ni.
Kalau tak, korang akan jadi macam aku. Rasa mental down bila tengok hasil tanggam kawan2 (lagi2 member laki). Rasa macam nak salahkan gergaji, ‘eh, apasal u tak tajam ha?’ pensel dengan pembaris pon nak disalahkan sebab tak dapat mengukur dengan tepat. Pahat dengan gandin & penukul pon salah jugak sebab terpahat lebih sikit dari garisan. Dah la lukakan jari aku, kau pahat jari aku (padalah salah sendiri sebab dah syok sangat memahat).
Tapi siryes! Kalau korang takde 3 benda kat atas tu dalam diri korang akan rasa mental down dan sangat2 jeles bila tengok artwork orang lain lagi superb dari korang punya. T.T

Diri sendiri sebelum mula ujian.

Alatan yang digunakan. No machine! No file! T.T

Bersama Suhaiza @ Cumok! Dia ni my all time partner! Selalu dapat partner ngan dia secara kebetulan. Kadang2 tak kebetulan (kalau ikut name list sebab aku no. 17, dia no. 18. Macam time exam ni la. Partner share meja)
Ok la. Aku update ni je dulu. Jarang nak update sebab SUSAH GILER nak dapat line internet. Kadang2 dapat, kadang2 tak dapat. Tengok keadaan la. Kadang2 tengah2 pagi buta pukul 1/2 pagi baru dapat. Kejadahnye? Kena pandai curik line la. Kadang2 tu, petang2 lagi dah on laptop sebab nak curik line. Hihihi
Monday, April 18, 2011
Allah lebih menyayangi~
Sesiapa yang membaca entri ni aku harap korang dapat sedekahkan Yassin atau al-Fatihah untuk lecturer aku, Encik Zakaria bin Mohd Kaliman yang baru kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Menurut member2 aku, allahyarham menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 5.30 pagi di hospital. Dengar cerita, allahyarham meninggal kerana demam denggi. Mulanya dia ingat demam biasa. Last2 baru dapat tau kena demam denggi tapi dah terlambat. Allahyarham muda lagi kot. Baru 45 tahun.
Siryes! Sampai sekarang aku macam tak percaya beliau dah takde. Aku bukan tak boleh terima kenyataan, aku redha je cuma aku terkilan sebab beliau adalah lecturer aku sem ni. Beliau mengajar subjek Perkembangan Kanak-kanak. Beliau sangat baik sekali! Baik gila! memang susah nak jumpa lecturer yang macam ni. Dia dengan student macam dengan member2 je. Sporting, caring, selalu ceria and memang best!
Baru hujung bulan 3 hari tu dia ikut kitorang pergi Bina Insan Guru kat Mersing. Masa tu aku perasan jugak dia macam dah lain je. Macam dah tak ceria. Dia ni memang pantang kalau jumpa aku. Memang tak sah hidup. Tapi hari tu dia nampak macam suka menyendiri. Dah takde nak kacau2 aku dah. Member aku pun perasan jugak. Member aku cakap dia asyik termenung je. Banyak jugak masa kitorang habis dengan dia masa kat BIG tu. Teringat masa berenang kat laut dengan dia, kitorang gelakkan dia sebab nampak perut dia yang boroi tapi dia buat tak kisah je. Lepas tu masa kitorang kena berenang tanpa life jacket, punya la dia gigih nak suruh aku tanggalkan life jacket. Boleh pulak tolong bukakan! Padahal aku dah cakap dah nanti susah nak pasang balik, buat penat je aku pakai tadi, dah la susah. Tapi dia selambe je bukak. Teringat jugak dia bagi jemput2 kat aku masa sarapan. The best jemput2!
Bila cerita ramai2 dengan member2, memang banyak la cerita yang jadi kenangan kami dengan beliau. Tapi bila dah ramai2 cerita pasal kenangan ni memang mengalir la air mata. Teringat perangai dia, cara dia jalan, cara dia cakap, cara dia mengajar, cerita2 dia gi posting kat Sabah dan macam2 lagi la.
Kalau nak diikutkan banyak lagi kenangan kitorang dengan dia tapi aku taknak cerita sekarang sebab mata aku pedih baru lepas nangis. Ingat tadi memang taknak nangis tapi bila dah start bukak cerita pasal dia ramai ngan member tadi, terus mengalir air mata.
So, aku mintak korang sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham. Doakanlah supaya rohnya dicucuri rahmat. Permudahkanlah urusan kuburnya dan semoga allahyarham tenang di alam sana.
Amin~
~ Memori yang tak akan dilupakan sampai bila2~
Wednesday, March 2, 2011
bikin gua hangin la bro!
Sunday, February 13, 2011
tercabar aku woi!
Wednesday, February 9, 2011
ada kau tau??
Aku rasa sedih ada kau tau?
Aku rasa geram ada kau tau?
Aku rasa macam bangang ada kau tau?
Aku menangis sorang2 ada kau tau?
Kau tak pernah tau SEBAB..
Kau selalu pentingkan diri sendiri.
Kau cuma tau cakap lebat tapi buatnya tidak.
Kau selalu buat aku macam barang mainan kau. Suka kau amek, tak suka kau campak merata.
Kau MEMANG TAKDE PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN!
Kasih sayang yg kau tunjukkan tu semuanya dusta belaka. Hanya untuk mengaburi mata semua pihak.
Kau memang tak pernah tau apa yg aku rasa. Aku tak nafikan kau memang hebat. Ada segalanya yg kau nak. Sampai kau tak boleh nak fikir akan kesusahan orang lain. Kau bangga menjadi orang hebat tapi kau tak fikir apa perasaan orang yg kau ketepikan tu. Kau cuma fikirkan kegembiraan kau je. Tapi kau tak sedar yg kau gembira tu atas kesengsaraan orang lain. Ada kau fikir? Heh! Kau tak pernah fikir sebab kau cuma tau cakap je. Kau rasa kau sorang je yg betul, orang lain semua salah.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2.
Kalau kau pandai tahap profesor sampai study kat oversea tapi perangai macam haram! tak payah nak bangga la weyh.
Kalau kau cantik taraf miss world sekalipun tapi hati kau busuk macam sampah! baik kau cermin balik diri kau tu.
Kalau kau suka sangat cakap besar, cerita lebat, porak perandakan hidup orang lain, jangan kau berani muncul depan aku! I HATE YOU!!
Wednesday, January 26, 2011
elaun dah masuk! marilah berjoli~ HAHA
Tuesday, January 25, 2011
bantulah saya~
THANK YOU!
Thursday, January 20, 2011
hari cuti yg 'paling best'
Nasib baik roommate tak balik rumah. Ada la jugak kawan nak cari air. So, aku ngan dia tergagau2 la cari air.
Dalam misi cari air ni ada la senior cina bagitau kat blok sebelah blok aku ada air.
aku ngan roommate aku pon terus la pergi sana dengan kadar segera sebab takut nanti kat sana pulak takde air.
Siap mandi terus pergi kafe cari lunch. Agak terkezut la bila akak kafe tu charge makanan aku RM 3.50 untuk 1 polisterin nasi, 1 ketul ayam goreng n sambal belacan. whathefish! Selalu aku kena around RM 4.40 - RM 4.60 untuk 1 polisterin nasi, 2 ketul ayam goreng n kuah sikit. Aku yang rasa pelik ni pon tnye la akak kafe tu.
"akak, nasi ni berapa ringgit?"
"nasi singgit setengah", akak kafe jawab.
"ayam? sambal belacan" aku tanya.
"ayam RM 1.70, sambal belacan 30sen" akak kafe jawab.
aku hanya mampu ckp "owwhhh!". Redha je la~
Petang2 pulak merajinkan diri main basket ball. Konon2 nak kuruskan badan la. Hampeh!
Haram jadah aku tak tau main basket ball ni! Shoot tak masuk2 pon. Paloi!
Dinner hari ni cuma makan megi je. Sedap jugak la sebab dah kebulur! Roommate aku pulak ntah kenapa ntah teringin nak makan megi. Follow je la.
*********************************************************************
Semalam main mesej ngan Aca. Dia kalau mesej aku memang takde keje lain. Sama ada nak suruh belikan barang atau nak mengadu tak puas hati ngan Ajik. Alolololoo~ minggu depan Awa balik kita story mory ye.. :)
Memang rapat ngan Aca sejak kecik. Tido pon sekatil sejak kecik. Kalau aku tak boleh tido malam, mesti aku peluk tangan dia yang keding tu. Malam2 selalu kitorang story mory pasal famili, sedara mara, member2, crush.. Crush?? hahaha
Rindu giler kat FAMILI aku! <3
p/s: tak sabar nak tunggu minggu depan~ hihihi