Friday, May 20, 2011

terima kasih EDU 3101!

terima kasih banyak2 untuk EDU 3101 atau nama glamour dia Falsafah & Pendidikan di Malaysia. terima kasih la sebab dah buat kepala aku serabut time nak jawab exam. terima kasih juga sebab tanya soalan yang bukan2 sampai aku rasa blank, otak tepu dan menyebabkan aku jawab exam dengan menggoreng sampai hangus.


lastly, terima kasih EDU 3101! jasamu dikenang.. kalau kena repeat memang aku kenang jasamu hingga akhir hayat~


salam sayang,

pelajar pismp sem 1..
anak sedara punya posmen punya tukang paip, punya driver, punya kontraktor hassan tanggulung, maria montessori, rahman talib dan yg seangkatan dengannya~

Monday, May 9, 2011

musim study week~

Habis sudah minggu Ujian Akhir Kursus (UAK). Hari Rabu lepas ada UAK Tamadun Islam & Tamadun Asia(TITAS). Masa sejam setengah. Paper ni ok la sebab ada idea nak goreng kalau terdesak pon.

Hari Khamisnya pulak ada UAK English Language Proficiency (ELP). Masa sama jugak sejam setengah. Yang ni siryes susah! Bahagian struktur dia punya petikan panjang kenmain! Aku ni dah la english ke laut. Hancusss! Esei dia apatah lagi. Ada 3 pilihan, jawab 1 je.

Soalan 1, formal letter. No idea. Next!

Soalan 2, informal letter. Idea ada tapi lupa format. Damn! Next!

Advantages & disadvantages pergi lawatan ke sebuah marine park kat Sabah (aku lupa nama tempat tu). Nak buat yang ni tapi tak banyak info & fakta yang aku tau pasal tempat ni. Owh shit! (tu la, blogwalking je tau nyer)

Last2 aku jawab soalan no. 2. Salah format pon lantak la! Aku memang dah lama tak tulis surat kiriman tak rasmi ni.



Owh ya. Minggu sebelumnya aku ada Ujian Amali Teknologi Bahan & Pembuatan. Ujian ni kena buat tanggam bajang dalam masa 3 jam. Nak buat takde la susah sangat sampai perlu memerah otak macam jawab soalan add math SPM. Tapi anda semua perlu ada kesabaran yang tinggi + tenaga yang kuat + ketepatan yg jitu untuk buat tanggam ni.

Kalau tak, korang akan jadi macam aku. Rasa mental down bila tengok hasil tanggam kawan2 (lagi2 member laki). Rasa macam nak salahkan gergaji, ‘eh, apasal u tak tajam ha?’ pensel dengan pembaris pon nak disalahkan sebab tak dapat mengukur dengan tepat. Pahat dengan gandin & penukul pon salah jugak sebab terpahat lebih sikit dari garisan. Dah la lukakan jari aku, kau pahat jari aku (padalah salah sendiri sebab dah syok sangat memahat).

Tapi siryes! Kalau korang takde 3 benda kat atas tu dalam diri korang akan rasa mental down dan sangat2 jeles bila tengok artwork orang lain lagi superb dari korang punya. T.T






Diri sendiri sebelum mula ujian.





Alatan yang digunakan. No machine! No file! T.T





Bersama Suhaiza @ Cumok! Dia ni my all time partner! Selalu dapat partner ngan dia secara kebetulan. Kadang2 tak kebetulan (kalau ikut name list sebab aku no. 17, dia no. 18. Macam time exam ni la. Partner share meja)




Ok la. Aku update ni je dulu. Jarang nak update sebab SUSAH GILER nak dapat line internet. Kadang2 dapat, kadang2 tak dapat. Tengok keadaan la. Kadang2 tengah2 pagi buta pukul 1/2 pagi baru dapat. Kejadahnye? Kena pandai curik line la. Kadang2 tu, petang2 lagi dah on laptop sebab nak curik line. Hihihi

Monday, April 18, 2011

Allah lebih menyayangi~

Assalamualaikum..

Sesiapa yang membaca entri ni aku harap korang dapat sedekahkan Yassin atau al-Fatihah untuk lecturer aku, Encik Zakaria bin Mohd Kaliman yang baru kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Menurut member2 aku, allahyarham menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 5.30 pagi di hospital. Dengar cerita, allahyarham meninggal kerana demam denggi. Mulanya dia ingat demam biasa. Last2 baru dapat tau kena demam denggi tapi dah terlambat. Allahyarham muda lagi kot. Baru 45 tahun.

Siryes! Sampai sekarang aku macam tak percaya beliau dah takde. Aku bukan tak boleh terima kenyataan, aku redha je cuma aku terkilan sebab beliau adalah lecturer aku sem ni. Beliau mengajar subjek Perkembangan Kanak-kanak. Beliau sangat baik sekali! Baik gila! memang susah nak jumpa lecturer yang macam ni. Dia dengan student macam dengan member2 je. Sporting, caring, selalu ceria and memang best!

Baru hujung bulan 3 hari tu dia ikut kitorang pergi Bina Insan Guru kat Mersing. Masa tu aku perasan jugak dia macam dah lain je. Macam dah tak ceria. Dia ni memang pantang kalau jumpa aku. Memang tak sah hidup. Tapi hari tu dia nampak macam suka menyendiri. Dah takde nak kacau2 aku dah. Member aku pun perasan jugak. Member aku cakap dia asyik termenung je. Banyak jugak masa kitorang habis dengan dia masa kat BIG tu. Teringat masa berenang kat laut dengan dia, kitorang gelakkan dia sebab nampak perut dia yang boroi tapi dia buat tak kisah je. Lepas tu masa kitorang kena berenang tanpa life jacket, punya la dia gigih nak suruh aku tanggalkan life jacket. Boleh pulak tolong bukakan! Padahal aku dah cakap dah nanti susah nak pasang balik, buat penat je aku pakai tadi, dah la susah. Tapi dia selambe je bukak. Teringat jugak dia bagi jemput2 kat aku masa sarapan. The best jemput2!

Bila cerita ramai2 dengan member2, memang banyak la cerita yang jadi kenangan kami dengan beliau. Tapi bila dah ramai2 cerita pasal kenangan ni memang mengalir la air mata. Teringat perangai dia, cara dia jalan, cara dia cakap, cara dia mengajar, cerita2 dia gi posting kat Sabah dan macam2 lagi la.

Kalau nak diikutkan banyak lagi kenangan kitorang dengan dia tapi aku taknak cerita sekarang sebab mata aku pedih baru lepas nangis. Ingat tadi memang taknak nangis tapi bila dah start bukak cerita pasal dia ramai ngan member tadi, terus mengalir air mata.


So, aku mintak korang sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham. Doakanlah supaya rohnya dicucuri rahmat. Permudahkanlah urusan kuburnya dan semoga allahyarham tenang di alam sana.


Amin~


Ni gambar kandid allahyarham yg terakam dalam kamera aku masa BIG hari tu.



~ Memori yang tak akan dilupakan sampai bila2~

Wednesday, March 2, 2011

bikin gua hangin la bro!






hangin!
hangin!
memang hangin!
sape tak hangin bila adik sendiri cuba2 kurang ajar?
sape boleh sabar?
cuba bagitau aku. aku nak tabik spring sama dia.

maaf la sebab aku tulis entri ni dalam keadaan marah.
dah la dah lama tak update.
ni sekali update nak marah2.
so sorry. :(

sebab dah marah ni.
bikin gua punya assignment tergendala!
mood yg membuak2 nak buat assignment tadi dah menurun.
turun.
turun.
turun.
macam mata aku jugak.
rasa nak terlelap dah.


tolong la bagi aku idea nak sejukkan hati.
semoga anda juga dilimpahi rahmat-Nya.
Amin~





Sunday, February 13, 2011

tercabar aku woi!





Huh~
Dah lama aku tak update blog ni. Nak kata busy sebab pergi Bina Insan Guru macam Tyrox ngn Safuan tu takde la pulak. Nak kata busy buat drawing macam Toknek pun tak jugak. Selalunya bila rasa nak update blog ni je tiba2 rasa mengantuk. Tu yg selalu tak jadi nak update. Asyik bertangguh je. Haih~

Berbalik pada tajuk. Kenapa aku rasa tercabar? Ce cite ce cite..
Hah, ni nak cite la ni. Petang tadi tiba2 mood rajin-aku-nak-jogging datang. So, aku jogging la bertiga dengan Shidah n Shila. Masa kitorang tengah jogging tu, (bajet jogging, padahal cuma jalan bersiar2 je) tiba2 ternampak la ada budak ni, he drove a van!

Gilak ah! Aku drive kereta pun tak pernah woh. Budak ni bukan takat pandai drive kereta tapi dah pandai drive van! Memang gila babeng la! Sebab benda ni la aku rasa tercabar. Siapa tak tercabar weyh. Aku rasa budak tu macam budak sekolah rendah je. Kalau budak sekolah menengah pun aku rasa dia takat Form 1 atau Form 2 je la. Selalu tu aku nampak jugak budak ni jalan2 ngn adik dia tapi naik motor je la.

Kalau setakat budak sekolah rendah bawak motor, aku takde la heran sangat sebab budak2 kat kampung aku pun sepesen macam tu jugak. Kecik2 dah mengada2 nak bawak motor. Dah la kaki tak cecah tanah nak bagi motor tu tegak stabil. Terpaksa la pijak batu kan adik2? (ah, padahal darjah 3 kau dah mengada nak belajar bawak motor ) ********tapi kaki aku cecah tanah ok!

So, bila nampak budak sekolah rendah macam tu dah pandai drive kereta, aku pun rasa semangat nak amek lesen kereta! ( Te tibe )

Tapi siryes la aku nak amek lesen ngn motor. Yela, sampai bila nak ada lesen basikal ngn kereta sorong je. Ye dak? Koman2 kalau ada lesen motor boleh la aku merempit ngn adik aku gi Jusco, Klang Parade, Centre Point, Shah Alam. Tak payah la aku naik bas yg sememangnya ramai penumpang warga asing. Aku bukan racist eh. Cuma aku tak suka bila diorang bising2 dalam bas dengan bahasa yg aku tak faham. Errgghh!

Kalau ada lesen kereta pulak, boleh la nanti jadi co-pilot bapak aku. Kesian bapak aku drive sorang2 n kitorang bantai tido keboringan-sebab-tak-tau-nak-buat-apa-dalam-kereta. Sekarang ni dalam famili aku, cuma bapak aku je yg ada lesen kereta ngn motor. So, kalau dah ada lesen nanti boleh la aku jadi anak yg berguna dan berbakti kepada mak bapak, bangsa, agama dan tanah air.

Ececece~
Angan2 je lebih aku ni. Suruh amek lesen macam2 hal. Tengah kumpul duit la, seram sejuk la, takut JPJ garang la. Alasan je kan?

Sekarang ni duit dah cukup. Cuma aku rasa seram sejuk n takut dapat JPJ garang.



***Korang yg dah amek lesen macam mana? Boleh la bagi advise macam mana nak handle JPJ n cara2 amek lesen.
:)





Wednesday, February 9, 2011

ada kau tau??




Aku rasa sedih ada kau tau?


Aku rasa geram ada kau tau?


Aku rasa macam bangang ada kau tau?


Aku menangis sorang2 ada kau tau?


Kau tak pernah tau SEBAB..





Kau selalu pentingkan diri sendiri.


Kau cuma tau cakap lebat tapi buatnya tidak.


Kau selalu buat aku macam barang mainan kau. Suka kau amek, tak suka kau campak merata.


Kau MEMANG TAKDE PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN!

Kasih sayang yg kau tunjukkan tu semuanya dusta belaka. Hanya untuk mengaburi mata semua pihak.


Kau memang tak pernah tau apa yg aku rasa. Aku tak nafikan kau memang hebat. Ada segalanya yg kau nak. Sampai kau tak boleh nak fikir akan kesusahan orang lain. Kau bangga menjadi orang hebat tapi kau tak fikir apa perasaan orang yg kau ketepikan tu. Kau cuma fikirkan kegembiraan kau je. Tapi kau tak sedar yg kau gembira tu atas kesengsaraan orang lain. Ada kau fikir? Heh! Kau tak pernah fikir sebab kau cuma tau cakap je. Kau rasa kau sorang je yg betul, orang lain semua salah.


Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2.

Kalau kau pandai tahap profesor sampai study kat oversea tapi perangai macam haram! tak payah nak bangga la weyh.

Kalau kau cantik taraf miss world sekalipun tapi hati kau busuk macam sampah! baik kau cermin balik diri kau tu.

Kalau kau suka sangat cakap besar, cerita lebat, porak perandakan hidup orang lain, jangan kau berani muncul depan aku! I HATE YOU!!


Wednesday, January 26, 2011

elaun dah masuk! marilah berjoli~ HAHA




Yeah! Elaun dah masuk. Apa lagi memang berjoli habis la! haha.
Eh2, takde la sampai kering duit kat dalam akaun tu. Mentang2 baru dapat elaun, suka2 je nak habiskan sampai licin. Nanti hujung sem kau makan la nasik lauk kicap je. Tak pon makan megi.

Ok2~
Sempena elaun yang dah masuk dalam akaun bank, aku ngan Shidah pergi beli sushi kat Sushi King! Tapi kitorng take away je la. Malas nak makan kat sana sebab nak balik awal. Poyo! Pergi BP Mall pon dah dekat pukul 4.30 petang.

Sebelum pergi kat Sushi King, kitorang window2 dulu kat dalam Pacific. Hasilnya, aku beli stokin, tisu, 'barangan wanita' n pastinya sedikit jajan untuk dijadikan stok. Shidah pulak cuma beli tisu ngan kacang cap ngan nyin untuk dimakan masa marathon menonton cerita Merlin.

Keluar Pacific, menggagau cari hadiah untuk Cuna. Esok burfday dia. Surprise! Surprise! Surprise. Tunggu esok la ye~ Hahaha

Lepas beli hadiah terus pergi Sushi King. Ni 1st time aku beli sushi kat sini. Yelah..aku pon bukan minat sangat ngan sushi2 ni. Tapi sebab teringin nak makan takoyaki kat sini punya pasal n sebab dah janji ngan Shidah,

"Kalau elaun dah masuk, kita makan kat Sushi King eh Shidah? Aku teringin nak rasa takoyaki kat sana la. Hihi"

"Ok! Aku pon dah lama tak makan kat sana." Shidah balas.

So, untuk melunaskan janji kitorang pon pergi la. Aku order takoyaki ngan pe benda sushi ntah ada sotong (tako) kat atas dia. Dua benda ni pon dah 11 hengget lebih. Shidah lagi order macam2. Dekat 25 hengget jugak la dia kena.

Habis membeli terus blah balik maktab. Tunggu bas. Hujan renyai2, nak naik teksi pon macam takde function sebab teksi cuma boleh hantar student sampai kat guard post je. Nak ke asrama jaauuuhhh lagi! Dah la berbukit bukau, bertangga2. Nasib baik turun je dari bas dah tak hujan. So, menapak la dengan gembira~

Sampai je bilik dah dekat pukul 6.15 petang. Terus sembahyang Asar pastu makan! First2 mestilah makan takoyaki sebab aku kan dah lama teringin nak makan benda ni! Tapi lepas makan aku rasa hampa sebab rasa dia tak macam yang aku harapkan. Presentation dia pon biasa2 je. Sedap lagi takoyaki kat Tako Tao yang kat Jusco tu! Oishi! Sehingga menjilat jari tangan. Lepas makan takoyaki, aku pon makan la sushi sotong yang aku beli tu. Siryes! Tekak aku memang susah la nak terima sushi2 ni. Yelah..tekak jawa belacan! Manalah tak kembang tekak aku makan sushi ni. Makan 1 je. Lagi 1 bagi kat Shidah.

Dekat2 nak Maghrib, roommate pon balik dari dating. Dia datang.. teng teng teng.. dengan hai mi bandungnya~ Sayang roommate lebih la! Walaupon dah kenyang tapi aku bantai makan jugak. Ecah beli 2 bungkus. 1 dia makan sorang n 1 lagi aku makan share ngan Shidah. Tu pon aku yang habiskan sebab Shidah dah kenyang makan sushi. Rasa nak meletop jugak la perut aku sebab tengah hari tadi dah melantak nasik banyak gila. Padan muka aku!













**********************************************************************


Oh ye~ Hari ni sambung buat kerja kayu. Projek sem ni kena buat Rak Kasut! Aku rasa aku paling slow sekali buat projek ni. Potong kayu pon tak siap2 lagi. Malas nak cerita lebih2 pasal benda ni kat blog. Cerita ngan roommate je boleh la. Hohoho.









Harap dapat siapkan projek dengan jayanya~ Chaiyok!









*Esok dah boleh start packing bag untuk balik ke kampung halaman tercinta.
Wink3~




P/s : Yang tak dapat balik kampung, sila duduk dalam bilik diam2. Harap maklum. Huahuahua~