ini blog bebel-bebel
Thursday, May 15, 2014
May datang lagi !!! Setahun hanya sekali~
Assalamualaikum.. hai~
Yeah!!! Seperti tajuk di atas, May datang lagi!!
(aku baru perasan yang aku ni update blog setahun sekali..terasa loser pulak) hihi.
Takpe lah, blog ni pon tempat aku luahkan perasaan je. haha. Tu pon kalau rajin nak menaip..selalunya dok cakap dengan tilam, selimut dan bantal busuk kalau ada masalah perasaan ni. Kadang2 sampai basah selimut dengan bantal busuk ai tu sebab nangis tak ingat dunia. haha. Thanks guys! you comfort me a lot!!
Currently, kat asrama, dalam bilik, dok sorang2 sebab member lain semua tak balik lagi. :(
Semoga kalian jumpa jalan balik maktab ni..bawak makanan sekali! Aku lapar plus dah boring dok sorang2 ni.. Nak study pon malas sebab takde geng. (eh, selama ni macam ko study awal plak kan hajar oiii..selalunya bukan last minute ke??)
Semalam, 14 May 2014 my lovely daddy terbang ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Semoga selamat semuanya. Awa doakan bapak, Mak Jah (makcik@kakak sulung bapak) dan Nenek Muda(nenek saudara@makcik kepada my bapak) selamat di sana, tenang mengerjakan ibadah dan dipermudahkan dalam segala urusan.. Aminn~
*Last night tiba2 teringat kat someone pulak. ciss!
Monday, May 6, 2013
Weeehuuuuuu~ dapat membebel
Assalamualaikum.. and hai! dah lama aku tak update blog ni kan?? kalau ikutkan tarikh last aku update hari tu kira dah dekat setahun jugak la tak update..hihi. kadang2 tu bukan taknak update tapi ada la beberapa cabaran dan halangan bilamana aku nak update ni. ok stop dengan alasan yang mungkin akan panjang berjela kalau diceritakan sebab biasa la manusia memang suka bagi alasan kan?? dan aku pon manusia biasa macam tu jugak.. heee~
Selama aku dah lamaaa tak update ni macam2 perkara terjadi pada diri aku dan orang2 sekeliling aku. Ada yang gembira dan ada jugak yang sedih. Tapi memang tu la lumrah kehidupan kan?? mana ada hidup yang sentiasa happy je..mestilah ada turun naik, berliku liku dan berwarna warni. Gila boring hidup ni kalau ada satu colour je.
Ok, berbalik pada kehidupan aku sebagai seorang guru pelatih di sebuah IPG di selatan tanah air. (eceh, ayat tak boleh blah kan..) Hidup aku biasa2 je tapi cukup la semua..cukup makan minum, cukup pakaian, cukup duit, cukup kasih sayang famili dan kawan2. Ya, hidup yang sederhana tapi bahagia. :)
Meh sini aku nak bebel sikit.
*Tak perlu terpengaruh bilamana tengok kawan2 semua (mostly) dah tukar handphone yang canggih2, smartphone and what-so-ever tapi aku masih lagi pakai henset zaman sem 1 foundation dulu, yang dah banyak kali terjatuh dari katil, jatuh terhempas kat divider pakej sekali calar balar jatuh kat jalan tar, masuk air sebab pi gatal bawak gi toilet (sebab time ni tengah syok mesej ngan sorang member tu ngumpat pasal sorang ustazah zaman sekolah..hisyh3~ jangan la kome ikut perangai ni..kan dah kena balasan. aku dah taubat dah..hehe) dan macam2 lagi la tapi still henset burukku ni dapat bertahan lagi sampai sekarang.
*Tak perlu nak cemburu bilamana tengok kawan2 dapat bawak kereta kat maktab ni. (means, ada pengangkutan la nak gi jenjalan, balik kampung semua tu) Kita ni dapat tumpang sampai bus stop depan maktab tu pon dah kira syukur alhamdulillah la. Kita tau macam mana keadaan kewangan famili kita dan bagi aku tak perlu la kita nak paksa famili kita belikan kita kereta macam kawan2 kita tu. Famili dia lain, famili kita lain. Mak bapak dia kerja lain, mak bapak kita kerja lain. Sila fahami famili anda, masing2 dah besar, dah boleh fikir kan?? ke fikiran masih kebudak-budakan lagi di umur 20-an ni???
*Tak perlu nak burukkan nama orang lain semata-mata nak dapatkan kepercayaan seseorang. Anda burukkan nama si X sedangkan anda berkawan baik dengan si X?? like seriously?? betrayer giraffe?? Apa yang anda dapat bila anda burukkan nama kawan baik anda?? you got nothing plus you're a LOSER.
*Tak perlu nak rasa diri itu sempurna kerana tiada apa pun yang sempurna melainkan Dia. Hidup dalam satu negara, satu kelompok masyarakat, satu kampung, satu perumahan, satu sekolah, satu kelas waima satu rumah juga perlulah bertolak ansur, saling memahami, muafakat dan positif. Kalau dah tau kawan kita tu tak suka kita duduk2, lepak2 atas katil dia, jangan buat lagi dah. Kalau kita tau kawan kita tu suka buat kerja lepas Isyak, siapkan dulu part kita supaya takde la nanti dok sibuk cakap2 pasal kawan kita tu tak buat kerja la, pemalas la. Padahal kawan kita tu nocturnal. Petang2 dia tidoq, malam sat kang baru dia buat kerja. Memang tak match la dengan kita yang sebelum jam 12 malam dah zzZZZzzzZZZz..??
Ok la, setakat ni je dulu aku nak habaq mai kat hangpa. Kang aku cakap lebih2 kang ada yang terasa. Tak pasal2 kang 7 keturunan tak mau tegur aku. Rindu aku?? pm je kat fb tu haa.. InsyaAllah aku reply.. :)
p/s : siapa2 nak bagi handphone baru kat aku boleh la bagi. mana lah tau nak tukar iphone 5 ke? tak pon tukar Galaxy S4 yang baru keluar ni ke?? ekeke~ (just joking)
Tuesday, May 8, 2012
gundah gulana
hati rasa tak tenang. fikiran berkecamuk. rasa macam kekurangan sesuatu. rasa macam ada benda tak selesai lagi. ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.
Wednesday, May 2, 2012
oksigen please~
dekat2 nak abes sem ni macam2 la pulak aktivitinya.. tu belum lg masuk bab exam. haih~
khamis : UAK Hubungan Etnik (pagi), 2 lecturer mintak ganti kelas.
jumaat : karnival Kemahiran Hidup *wajib pegi sebab jabatan aku ni!, lepas zohor balik klang *sorry kengkawan..
sabtu : kenduri kawen classmate masa darjah 5, kenduri cukur jambul anak saudara *thats why x dapat attend wedding my ex-roommate..sorry ecah~ dont worry, hadiah aku dah beli awal2! :)
ahad : balik semula ke maktab 'tercinta' *sebab isnin ada event.
isnin : seminar BIG *........................
haih..semput~
ni belum lagi agenda2 tersembunyi.. (pengsan!)
Thursday, October 20, 2011
quick update
akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. dah lama aku nantikan saat ini. sejak sebulan lepas. puas dah air mata ini mengalir hampir tiap malam. menangis dalam hati.
tiket dah dibeli. ya. aku nak balik kampung. 'wes kangen banget kambek biung nge'. tak faham? meh aku tolong translate kan. 'dah rindu sangat dengan mak'.
good news hari ini, i got fever. ini memang betul2 homesick. teringat zaman PLKN dulu. dekat2 nak tamat latihan, boleh pulak aku demam. tak pasal2 muntah berkali-kali dalam flight.
ok la. tak nak membebel panjang2. barang pun tak habis packing lagi.
SELAMAT BERCUTI KAWAN2!
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI <----- special for tyrox (nak muruku woi!) ekekeke~
<3 u!!
assalamualaikum
tiket dah dibeli. ya. aku nak balik kampung. 'wes kangen banget kambek biung nge'. tak faham? meh aku tolong translate kan. 'dah rindu sangat dengan mak'.
good news hari ini, i got fever. ini memang betul2 homesick. teringat zaman PLKN dulu. dekat2 nak tamat latihan, boleh pulak aku demam. tak pasal2 muntah berkali-kali dalam flight.
ok la. tak nak membebel panjang2. barang pun tak habis packing lagi.
SELAMAT BERCUTI KAWAN2!
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI <----- special for tyrox (nak muruku woi!) ekekeke~
<3 u!!
assalamualaikum
Monday, October 10, 2011
10 OktoBer 2011
HAPPY BIRTHDAY BLOG SAYANG!
selamat ulang tahun sayang. sorry la kalau i selalu tak jenguk u tapi i sayang kat u oke!
<3 u always,
muuaahhh!
selamat ulang tahun sayang. sorry la kalau i selalu tak jenguk u tapi i sayang kat u oke!
<3 u always,
muuaahhh!
Sunday, October 9, 2011
sembilan.sepuluh.sebelas
assalamualaikum~
sebenarnya tak tau nak cakap ape tapi nak tulis jugak sebab tarikh hari ni lawa~ ^_^
owh ye, hari ni hari last boleh free call..huhu sedih~ kenapa la celcom tak bagi masa sebulan untuk free call?? <----- orangbanyaklemakyangtamakhaloba.
lagi 1, sebenarnya nak share 1 lagu kanak2 ni. tapi lupa pulak lagunya. tiba2 ternyanyi lagu tu masa kelas Murid & Alam Belejar hari tu. nanti la time tido aku try ingt2 balik. esok aku update lagi. hehee~
err..esok aku update lagi ok! sebab esok hari special. :)
p.e.a.c.e
<3 u
sebenarnya tak tau nak cakap ape tapi nak tulis jugak sebab tarikh hari ni lawa~ ^_^
owh ye, hari ni hari last boleh free call..huhu sedih~ kenapa la celcom tak bagi masa sebulan untuk free call?? <----- orangbanyaklemakyangtamakhaloba.
lagi 1, sebenarnya nak share 1 lagu kanak2 ni. tapi lupa pulak lagunya. tiba2 ternyanyi lagu tu masa kelas Murid & Alam Belejar hari tu. nanti la time tido aku try ingt2 balik. esok aku update lagi. hehee~
err..esok aku update lagi ok! sebab esok hari special. :)
p.e.a.c.e
<3 u
Subscribe to:
Posts (Atom)